INSTAGRAM

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, 5 April 2016

MAKAN-MAKAN DI TERATAK BANGI

Asalamualaikum

Meh nak cerita pasal malam sabtu lepas. Event ni da lama adik aku planing nak buat makan-makan. Mungkin memandangkan kewangan dia dah stabil jadi dia nak la belanja semua mak n adik beradik dia dan juga mengeratkan lagi silaturahim diantara kami adik beradik. ye la memasing duduk jauh dengan adanya makan-makan atau kenduri je dapat berkumpul semua. Itu pun malam tu ada yang tak dapat datang atas urusan tertentu. tak apa semua paham kan. meh aku nak kongsikan beberapa gambar malam tu. enjoy!

Aku & anak buah amni,diena & yaya

cik is amni yaya umar

 Kek Birthday abang aqil, Adik Ajim & mediena.

Anak-anak buah. semuanya ada 11 tapi ada yang tak ada dalam tu. memang susah nak bergambar kumpul semuanya. 

Ni video yang aku amek waktu nyani lagu birthday. kakngah paling semangat dan selalunya memang dia yg peneraju untuk nyanyi lagu birthday. hehehe

Ni dah setel nyanyi ape lagi potong kek la kan.. yeahh potong!! 
 
 Aku dan emak. iloveumom!

Antara menu pada malam tu.nyumss

Anak buah paling bongsu. Nur Amni Farzanah.

 Tu je la sebahagian gambar yang aku dapat kongsikan.tak ada apa yang dapat membahagiankan diri kita selain dari keluarga kita sendiri. susah senang sakit kita hanya keluarga la yang banyak membantu.mereka la kawan mereka jugak adik beradik kita. sakit kita sakit jugak la mereka. 
Air yang dicincang tak akan putus. itu la adik beradik. sayang semuanya!!

ok la jumpa next entry.. xoxo
bye..


Tuesday, 18 June 2013

Sambut Birthday Emak


Assalammualaikum

Sebenar birthday emak da lepas lama tapi aku tak kira nak jugak cite. kiteorang buat biasa-biasa je.. lagipun tak semua yang ada kat rumah masa itu jadi mana yang ada je.. biar simple tapi sangat bermakna buat kami adik beradik yang ada masa itu.. 03-06-2013 genap umur emak kesayangan kami 55 tahun.. walaupun da cecah 55 tapi sentiasa nampak muda ok. 

emak kesayangan kami adik beradik. 

masa ni aku tak sempat nak amek gambar muka emak  depan-depan.. gambar ini aku dapat dari kakak aku..agak kabur sikit jadi la kan dari tak ada. Ha muda kan emak aku.. kek itu aku la yang pergi beli lepas balik kerja.. nak bagi surprise tapi tak menjadi.. hehehe..

Ada beberapa lagi gambar, sekejap lagi aku bagi tunjuk yer.. 

kek strawbery

lepas balik kerja terus pergi beli kek. dekat je kedai tu so tak jadi masalah nak beli lepas balik keje kann.. sampai- sampai banyak sangat pilihan  sampai tak tahu nak pilih mana. semua sedap-sedap tau.. last sekali kek strawbery yang menjadi pilihan aku..  ~Happy birthday Emak 55 03-06-13~
ini je la yang ada masa sambut besday emak.

Abang aku yang amek gambar ni.. nasib la dia ada boleh tolong amek gambar kami.. yang tudung biru kakngah dengan anak-anaknya aqil dan hazim. tudung hitam tu titin masih dalam berpantang lagi pasti tak mahu lepas kan peluang.. pantang bukan jadi penghalang.. cewahh.. hehehe belakang adik bawah aku ana.. itu je la yang ada.. walaupun tak semua yang ada tapi tetap meriah.. sempoii..
kiteorang sambut besday emak malam lepas isyak.. tak ada apa-apa persiapan pun.. nama pun biasa-biasa je kan so ni la hasil semuanya.. yang penting kami nak emak gembira, sihat sentiasa di samping kami semua.
we love you mum :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...