INSTAGRAM

Wednesday 13 April 2016

SPICY KOREAN NOODLE CHALLENGE

ASSALAMUALAKUM

HAI..

Semakin hari semakin rajin pulak aku update blog kan.. mana taknya sekian lama aku tinggal kan blog ni dan biarkan berusang,jadi aku cuba la hiasinya dengan cerita, coretan dan bebelan aku kat dalam ni. Biar semangat aku dan pembaca untuk membacanya. Eh ada ke yang baca blog kau ni faezah! hahah.. tak kesah la ada ke tak ada ke asalkan aku isikan masa lapang aku disini.. Ini kalau bos aku tau kerja aku update blog mahu taknya aku kena marah kan.. heheh.. ala bos saya bukak pun bila tak ada job. tak lama amek masa pun, boleh ye boss.. mampu kau cakap macam tu dengan bos.. hahaha.. panjang pulak mukadimahnya ni. hehe..

Hari ni nak cerita pasal yang viral kat media sosial tu. Spicy korean noodle challenge. Kat fb ade, ig, youtube semua la ade. google je keluar la. Macam-macam rupa ada yang kelakor serius sampai keluar air mata pun ada menghayati sungguh sambil menahan pedas ya amat.. Nak jadi kan cerita bila dah jadi viral tu aku pun macam teringin je nk rasa yeke pedas yeke xsedap yeke boleh keluar air mata.Dengan semangatnya semalam adik ajak pergi gateway bangi pergi la beli sekali. Tapi beli yang cup kecik je takut tak sedap ke ape kan sebab nak cuba dan rasa je.Harga pun boleh tahan jugak la.. mahai 1 cup kecik tu. Itu pun ha share duit dengan adik sebab nak challenge berdua.. hahahah.. Bila da beli da cuba sedap la jugak cuma memang pedas sesangat la kan.. Ha korang tengok je la gambar-gambar dan video tu tauuuu...

Makesure ada logo halal. Kalau tak ada jangan nak memandai beli pulak.. 
ni la cup tu rm6 hengget harganya..

jangan lupa rendam meggi tu dulu dengan air panas pastu toskan dan letak dalam mangkuk pun boleh jugak. 

akan jadi seperti ini.. jeng jeng jeng... tengok rupa yang merah tu pun dah tau kan.
 
 Ini video yang aku amek..Sila la tengok ye.. heheh.. 

ok la.. jumpa lagi.. xoxo

byeeeee...

BERNIAGA

ASSALAMUALAIKUM

HAI

STRAWBERRY COKLAT TART
Ade sesiapa yang berminat nak mencuba atau merasa kesedapan coklat tart tu boleh terus pm or dm kat no yang tertera ini 016-2398223. 
Masih open order. Sekali cuba pasti akan order lagi. tak tipu dan tak akan menyesal punya.

Instagram strawberry coklat tart.
Boleh follow ig ni. SUPERBCHOCTART.
 
AISKRIM MALAYSIA
Ade lima perisa kat sini. 
  • MILO
  • BANDUNG
  • TEH LEMON
  • TEH STRAWBERRY
 Hanya 0.30sen sahaja. boleh pm or dm terus. 

Mesti dan pasti kena beli.. hehe. nak suruh cust beli tapi paksa pulak kan. hehe. memang tak rugi beli. jamin kesedapannya. 

KUIH KASWI

 KUIH KASWI
Ade sesiapa yang inginkan kuih tradisional boleh terus order dekat no ni.
017-3376382/017-3378149
dijamin sedap! order jangan tak order tau.. 
GELANG TANGAN DAN PIN TUDUNG HAND MADE

 GELANG IKAT NAMA HAND MADE
 
TASBIH HAND MADE

AKSESORI WANITA HAND MADE
 
Kepada kakak adik makcik yang mahu cantik di hari raya nanti sangat dialu-alukan order. abang-abang yang nak tengok girlpren ke mak ke cantik dimata anda semua boleh beli kan ye.. boleh terus pm or dm ke no ni
017-6140442

Last nak bagi tahu jangan lupa untuk order ye semua.. ingat tu jangan lupa! 
marah pulak kan. hehehe. gurau je. 

ok jumpa lagi.. xoxo
byeee....


Tuesday 5 April 2016

MAKAN-MAKAN DI TERATAK BANGI

Asalamualaikum

Meh nak cerita pasal malam sabtu lepas. Event ni da lama adik aku planing nak buat makan-makan. Mungkin memandangkan kewangan dia dah stabil jadi dia nak la belanja semua mak n adik beradik dia dan juga mengeratkan lagi silaturahim diantara kami adik beradik. ye la memasing duduk jauh dengan adanya makan-makan atau kenduri je dapat berkumpul semua. Itu pun malam tu ada yang tak dapat datang atas urusan tertentu. tak apa semua paham kan. meh aku nak kongsikan beberapa gambar malam tu. enjoy!

Aku & anak buah amni,diena & yaya

cik is amni yaya umar

 Kek Birthday abang aqil, Adik Ajim & mediena.

Anak-anak buah. semuanya ada 11 tapi ada yang tak ada dalam tu. memang susah nak bergambar kumpul semuanya. 

Ni video yang aku amek waktu nyani lagu birthday. kakngah paling semangat dan selalunya memang dia yg peneraju untuk nyanyi lagu birthday. hehehe

Ni dah setel nyanyi ape lagi potong kek la kan.. yeahh potong!! 
 
 Aku dan emak. iloveumom!

Antara menu pada malam tu.nyumss

Anak buah paling bongsu. Nur Amni Farzanah.

 Tu je la sebahagian gambar yang aku dapat kongsikan.tak ada apa yang dapat membahagiankan diri kita selain dari keluarga kita sendiri. susah senang sakit kita hanya keluarga la yang banyak membantu.mereka la kawan mereka jugak adik beradik kita. sakit kita sakit jugak la mereka. 
Air yang dicincang tak akan putus. itu la adik beradik. sayang semuanya!!

ok la jumpa next entry.. xoxo
bye..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...