INSTAGRAM

Monday 21 March 2016

Bila Kita tak suka!

ASSALAMUALAIKUM

HAI...

Baru aku rasa perasaan tak sukanya bila ade yang suka meminta-minta ni. Diorang ni xpernah fikir ke kita ni ada duit ke tak ada duit ke makan ke tak kan.yang dorang tau da berkerja mesti la ada duit.huhu sedihhhh... Dulu aku pun suka juga mintak kat kakak-kakak aku. Macam contoh mintak tolong belikan makanan la belikan tudung la macam-macam la. Tapi aku tau kakak aku ade duit. tapi bila sekali mintak tak bagi tak ada la aku nak mintak lagi. Tapi aku tak pernah fikir pun kan kakak aku tu ade duit ke tak yang aku tau mintak dan ada je. ish tak baik tau aku ni. Aku rasa sejak mak aku dah tak duduk kat rumah bangi dan aku pun ntah la nak kata ok ke tak ngan kakak aku,pangai aku mcm da lain tau. eh yeke?aku pulak yang boleh tau sendiri kan. tapi yela kita boleh tau perubahan pada diri kita. Sebab atas diri kita la ke arah haluan mana yang kita nak pergi. Jadi kat situ aku rasa aku ni mungkin da tak macam dulu. Bukan yang suka nak mintak-mintak tanpa bayar, bukan suka nak marah-marah,tengking or apa sahaja berkaitan dengan negatif la. ke mungkin sebab umur kita ni yang da makin meningkat tapi muka maintain muda ok.hehe. menyebabkan perubahan negatif tu nak kearah yang positif. Sekarang aku da tak banyak cakap, redha,pasrah,sabar,terima sahaja apa yang berlaku didepan aku. Mungkin juga aku ni bukan jenis yang suka bersuara,tak pandai berbetah,tak pandai nak kata tidak,tak pandai nak ckp ya jika perkara tu betul dan aku ni seorang yang pendiam dan tak banyak cakap.pendam sendiri dan sakit hati sendiri.. huhu. tak apa rezeki itu sentiasa ada.. perlu ikhlas kan diri ni je.

jumpa lagi entry yang akan datang..xoxo

byeee....

Thursday 17 March 2016

Syurga ku

ASSALAMUALAIKUM

HAI....

Tahun lepas bila adik beradik mak kira pakcik makcik aku mintak mak duduk kampung bersama atuk dan nenek pada masa yang sama boleh jaga atuk dan nenek kami anak-anak berfikir panjang jugak la kan sebabnya masa tu diorang nak mak duduk sana secepat yang mungkin.Tapi mak kata tak boleh adik aku yang bongsu masih sekolah tingkatan lima nak spm lagi, Jadi bila kami semua dah sepakat mak duduk kampung awal januari 2016. Ok lah masa tu pun adik pun dah abes spm.

Bila sampai masanya mak patut duduk kampung rasa sedih sangat satu sebab aku tak dapat hantar mak, masa tu kerja, keduanya 25 tahun xpernah berjauhan pun dengan mak memang terasa abes lah kan. hari pertama mak dah tiada kat rumah terasa sunyi sangat pagi-pagi sebelum aku nak pergi kerja. Sebelum ni riuh sikit pagi-pagi dengan tv nya sekarang mana ade dah. Tapi lama kelamaan aku n yg duduk sama-sama kat rumah tu pun ok je kena terima la yang mak ad dekat kampung bersama mak dan ayahnya, atuk nenek aku la.

Orang kata itu lah pengorbanan mak untuk nenek dan atuk dan pengorbanan kami sebagai anak untuk mak. Atuk nenek pun dah tua mungkin ini lah masanya mak nak jaga atuk dan nenek selagi masih ada kan lagi pulak sekarang ini atuk nenek selalu jugak sakit-sakit jadi bila mak ada kat sana boleh tengok-tengok kan walaupun ada pakcik-pakcik aku ada sekali cuma tak duduk serumah.

Semenjak mak kat sana hampir 3 bulan paling akhir jumpa mak ujung bulan 2 tak silap aku lah kat rumah bangi masa itu mak mertua abg meninggal jadi mak balik tuk ziarah. Sampai sekarang tak jumpa lagi. Aku nak balik kampung tapi takda cuti kat sini sabtu pun kerja macam mana nak balik. Siapa kata tak rindu ya Allah rindu sangat kat mak. kadang tu nak cal tapi tak tahu nak cakap ape jadi tahu mak sihat ke tidak melalui whatsapp group family yang ada sekarang je. 

Susah ke kita sebagai anak nak ucap terima kasih dah jaga bagi makan minum atau mintak maaf atas kesalahan kita itu kan mak kandung kita. kenapa orang lain boleh je tapi mak sendiri susah. Aku salah sorangnya.huhu. Mak kita rindu sangat kat mak nanti kita amek cuti akan balik kampung ziarah mak atuk dan nenek. Kita nak ucap terima kasih kat mak sebab jaga kita dengan baik dari mak tahu kita ada dalam perut mak lagi sampai lah umur kita 25 tahun mak ada kat rumah mak yang sekarang titin farid kita dan adik-adik duduk. Kita nak mintak maaf jika kita ade mengguris hati mak.harap mak dapat maafkan kita.last but not least aku nak bagi tunjuk gambar mak yang kami semua sayang. I love and miss u so much mom.

aku dan emak
 gambar ni masa aqiqah anak abang kat manjung perak.
 
 
Jumpa entry yang akan datang..byeeee




Monday 14 March 2016

LUAHAN

ASSALAMUALAIKUM

Lama rasanya tak bersua disini. jadi hari ini dengan sifat kerajinan yang ada ni kita bersua kembali. Ok la nak jadi kan cerita hari ni sedih sangat, eh sangat ke? mesti la kan. Hari ini da la motor rosak tak boleh start tak pasti kenapa tetiba je pagi ni nak pergi kerja.Aku ni bukan la seorang yg berkira atau nk berkira lagi-lagi dengan adik beradik sendiri tapi bila jadi macam ni tak ada siapa yang yang tolong,tak siapa pun yang ada,datang saat aku perlukan sekarang ni,Bila da rosak macam ini aku jugak la yang pergi baiki aku jugak lah yang kuarkan duit.Itu yang aku sedih sangat,bukan setakat sedih nak marah pun ada.Apa kan daya aku tak boleh buat pape redha je la.Tapi hati ini tiada siapa yang tahu.Itu satu hal kan.

Ini satu hal lagi.Baru-baru ini duit aku hilang mungkin orang dengar tak banyak tapi bagi aku tersangat la banyak.Ape perasaan korang duit yang korang simpan hilang gitu je.So sama la dengan aku. Kita ni penat bekerja nak simpan duit pastu senang-senang je orang tu amek duit kita. sedih tau.sedih sangat! kenapa? kenapa? kenapa? kenapa duit aku yang diamek kenapa kau orangnya.(rock sangkut) yang ni pun sama nak marah tapi tak berdaya. Redha dan sabar je la.supaya orang itu diberikan hidayah.

Aku ni rasanya da banyak berubah. Eh yeke? yela dulu kalau jadi ape yang jadi sekarang kat aku compem aku da bising-bising da marah tapi sekarang aku banyak senyap je. takde nak kata apa. berserah je. itu orang cakap kalau kita tak bersuara atau bercakap kita sendiri makan hati.pendam sendiri.itu la aku. mungkin bila umur da semakin meningkat ni aku mula nampak ape yang ada pada diri aku ni.Tapi tak elok la. aku balik yang rasa sakit hati atas perbuatan orang lain kat atas aku.

Kita tidak akan diduga diluar kemampuan diri kita sendiri.jadi sabar,redha dan kuatkan iman. 

next entry cite lagi ye.. bye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...