INSTAGRAM

Monday 14 March 2016

LUAHAN

ASSALAMUALAIKUM

Lama rasanya tak bersua disini. jadi hari ini dengan sifat kerajinan yang ada ni kita bersua kembali. Ok la nak jadi kan cerita hari ni sedih sangat, eh sangat ke? mesti la kan. Hari ini da la motor rosak tak boleh start tak pasti kenapa tetiba je pagi ni nak pergi kerja.Aku ni bukan la seorang yg berkira atau nk berkira lagi-lagi dengan adik beradik sendiri tapi bila jadi macam ni tak ada siapa yang yang tolong,tak siapa pun yang ada,datang saat aku perlukan sekarang ni,Bila da rosak macam ini aku jugak la yang pergi baiki aku jugak lah yang kuarkan duit.Itu yang aku sedih sangat,bukan setakat sedih nak marah pun ada.Apa kan daya aku tak boleh buat pape redha je la.Tapi hati ini tiada siapa yang tahu.Itu satu hal kan.

Ini satu hal lagi.Baru-baru ini duit aku hilang mungkin orang dengar tak banyak tapi bagi aku tersangat la banyak.Ape perasaan korang duit yang korang simpan hilang gitu je.So sama la dengan aku. Kita ni penat bekerja nak simpan duit pastu senang-senang je orang tu amek duit kita. sedih tau.sedih sangat! kenapa? kenapa? kenapa? kenapa duit aku yang diamek kenapa kau orangnya.(rock sangkut) yang ni pun sama nak marah tapi tak berdaya. Redha dan sabar je la.supaya orang itu diberikan hidayah.

Aku ni rasanya da banyak berubah. Eh yeke? yela dulu kalau jadi ape yang jadi sekarang kat aku compem aku da bising-bising da marah tapi sekarang aku banyak senyap je. takde nak kata apa. berserah je. itu orang cakap kalau kita tak bersuara atau bercakap kita sendiri makan hati.pendam sendiri.itu la aku. mungkin bila umur da semakin meningkat ni aku mula nampak ape yang ada pada diri aku ni.Tapi tak elok la. aku balik yang rasa sakit hati atas perbuatan orang lain kat atas aku.

Kita tidak akan diduga diluar kemampuan diri kita sendiri.jadi sabar,redha dan kuatkan iman. 

next entry cite lagi ye.. bye....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...