INSTAGRAM

Wednesday 13 April 2016

SPICY KOREAN NOODLE CHALLENGE

ASSALAMUALAKUM

HAI..

Semakin hari semakin rajin pulak aku update blog kan.. mana taknya sekian lama aku tinggal kan blog ni dan biarkan berusang,jadi aku cuba la hiasinya dengan cerita, coretan dan bebelan aku kat dalam ni. Biar semangat aku dan pembaca untuk membacanya. Eh ada ke yang baca blog kau ni faezah! hahah.. tak kesah la ada ke tak ada ke asalkan aku isikan masa lapang aku disini.. Ini kalau bos aku tau kerja aku update blog mahu taknya aku kena marah kan.. heheh.. ala bos saya bukak pun bila tak ada job. tak lama amek masa pun, boleh ye boss.. mampu kau cakap macam tu dengan bos.. hahaha.. panjang pulak mukadimahnya ni. hehe..

Hari ni nak cerita pasal yang viral kat media sosial tu. Spicy korean noodle challenge. Kat fb ade, ig, youtube semua la ade. google je keluar la. Macam-macam rupa ada yang kelakor serius sampai keluar air mata pun ada menghayati sungguh sambil menahan pedas ya amat.. Nak jadi kan cerita bila dah jadi viral tu aku pun macam teringin je nk rasa yeke pedas yeke xsedap yeke boleh keluar air mata.Dengan semangatnya semalam adik ajak pergi gateway bangi pergi la beli sekali. Tapi beli yang cup kecik je takut tak sedap ke ape kan sebab nak cuba dan rasa je.Harga pun boleh tahan jugak la.. mahai 1 cup kecik tu. Itu pun ha share duit dengan adik sebab nak challenge berdua.. hahahah.. Bila da beli da cuba sedap la jugak cuma memang pedas sesangat la kan.. Ha korang tengok je la gambar-gambar dan video tu tauuuu...

Makesure ada logo halal. Kalau tak ada jangan nak memandai beli pulak.. 
ni la cup tu rm6 hengget harganya..

jangan lupa rendam meggi tu dulu dengan air panas pastu toskan dan letak dalam mangkuk pun boleh jugak. 

akan jadi seperti ini.. jeng jeng jeng... tengok rupa yang merah tu pun dah tau kan.
 
 Ini video yang aku amek..Sila la tengok ye.. heheh.. 

ok la.. jumpa lagi.. xoxo

byeeeee...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...