INSTAGRAM

Monday 11 July 2016

NAK KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM

Amboi tajuk bukan kemainkan..Tapi itu la hakikatnya.. hehehehe.. ok la blog aku ni da lama sangat tinggal last update bulan 4 ritu. Hari ini da bulan 7 berapa lama aku tak menyinggah kat sini.. Bukan tak nak singgah tak tahu nak cerita ape kalau ada pun alahai malasnya la. Hari ni mood raya jadi merajinkan diri la kan. hehehe..

Sekejap sangat masa berlalu pergi. Tau-tau je da setengah tahun. Aku punya planing nak kahwin hujung tahu ni pun tak tahu la jadi ke tak.Itu la kita ni merancang je selebihnya tuhan da aturkan. Nak cakap tak ada usaha dah habis usaha da ni lakukan. Barang hantaran kiteorang da beli cincin awal-awal lagi kiteorang da prepare. Tapi tu la tu hal yang kecik je yang besar-besar belum lagi. Belah lelaki da tau pasal kiteorang nak kahwin ni cuma pihak aku ni je.Aku tak tahu la nak mulakan macam mana nak bagi tahu yang nak kahwin hujung tahun ni nak buat persiapan pasal kahwin ni.Tak mampu aku nak lakukan sorang-sorang perlukan banyak orang untuk tolong lagi-lagi keluarga kita kan.

Yang paling penting sekali restu dari orang tua dan keluarga.. itu la saat yang aku tunggu sekarang ni. dan saat tu yang aku nak dengar mak kata mak restu hubungan kami untuk bina masjid. Aku berharap dan sentiasa berdoa diberikan kekuatan ketabahan dan kesabaran untuk menempuh segala dugaan dan cabaran  sebelum nak berumatangga dan selepas kami berumahtangga. Bila fikir pasal ini alahai peningnya.. Tengok orang lain aik kahwin da macam senang je kan tapi hakikatnya kita tak tahu bila da laluinya nanti baru tahu..Macam aku sekarang ni la.. 

Kami nak kahwin sebab nak menghalalkan hubungan supaya tak ada siapa yang risau bila kita keluar kan. tak ada fitnah dan kata-kata kurang elok dari orang sekeliling.dan restu yang kami mahukan supaya segalanya berjalan dengan lancar. Berharap tahun ni adalah tahun last aku  "single but not available" tahun depan da tukar tiltle "isteri: aminn :)

Doakan saya ye semua.. ok la byee xoxo..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...