INSTAGRAM

Friday, 23 August 2013

Perasaan

Assalammualaikum

Dah kenapa aku ni sehari dua kali aku taip entry kat blog aku.. Tetiba rerajin bebenor..ffftttt.. Masa lapang banyak tu yang sampai dua kali kennn.. (tengah sedih) Tak banyak nak diceritakan cuma nak kongsikan bersama kata-kata mutiara dari aku untuk diri sendiri jugak.. Selamat membaca

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
new f2 "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
new f2 "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
new f2 "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
new f2 "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
new f2 "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
new f2 "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
new f2 "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
new f2 "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
new f2 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
new f2 "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
new f2 "Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
new f2 "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
new f2 "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
new f2 "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
new f2 "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
new f2 "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
new f2 "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
new f2 "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
new f2 "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
new f2 "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
new f2 "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
new f2 "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
new f2 "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
new f2 "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
new f2 "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
new f2 "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
new f2 "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
new f2 "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
new f2 "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
new f2 "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
new f2 "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
new f2 "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
new f2 "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
new f2 "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
new f2 "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
new f2 "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
new f2 "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
new f2 "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
new f2 Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
new f2 Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
new f2 Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
new f2 Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
new f2 Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
new f2 Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
new f2 Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
new f2 Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
new f2 Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
new f2 Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
new f2 Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
new f2 Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
new f2 Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
new f2 Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
new f2 Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
new f2 Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
new f2 Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
new f2 Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
new f2 Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
new f2 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
new f2 Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
new f2 Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Thursday, 22 August 2013

15 Syawal

Assalammualaikum

Da 15 syawal baru ade kesempatan nak update entry ku ini.. masih kesempatan lagi kan nak ucap selamat hari raya .. Raya kan sebulan tak gitu.. hehehe.. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Mohon maaf jika ada salah dan silap ye.. Aku bagi gambar raya tahun ni untuk korang tengok.. :)

ni je yang ada masa raya tahun ni



masa ni kami beraya rumah kakak arwah ayah aku.. 

warna iioolllss tahun ni.

tetap sama :)

Itu saja la gambar yang aku ada tuk muatkan disini.. tahun ni famili aku tak kemana-mana pun..duduk kat rumah atuk nenek.. sedih kannn.. Menunggu tetamu datang je.. tapi yang best raya kali ni semua adik beradik aku ada di kampung..Tu yg buat meriah... hehe.. ok la sampi sini je ye.. nanti kite cite lagi.. 
daaaa...

Wednesday, 17 July 2013

Bagaimana Mengatasi masalah Dengan cara Tepat?

 Assalammualikum

Menghadapi Masalah Hidup bukan hal biasa jika berbicara tentang masalah dan cubaan dalam menjalani kehidupan didunia ini. Ada kalanya Tuhan mengizinkan kita mengalami ujian, dengan waktu dan  tempat yang tanpa kita ketahui. Oleh sebab itu kita jangan sampai dipatahkan oleh sebesar apapun masalah dan cubaan yang menimpa kehidupan ini.


Masalah Merupakan hal yang paling tidak diharapkan hadir dalam kehidupan setiap kita, bahkan masalah boleh datang dengan sendirinya tanpa harus dicari dan diundang kedatangannya. Dan itulah keunikan dari masalah yang boleh  datang dengan sendirinya atau harus dicari terlebih dahulu.

jika saat ini anda sedang menghadapi masalah. ketahuilah  cara berikut :

Jangan Panik ketika mengadapi masalah
“Don’t be panic”, mungkin anda sering mendengar kata-kata tersebut ketika anda sedang tertimpa masalah. Yupz, memang benar. Jangan pernah panik ketika anda sedang tertimpa sebuah masalah yang malah membuat anda tidak bisa berpikir jernih tapi bersikaplah tenang dan pikirkan positif untuk masalah anda tersebut.
Jangan Emosional Saat Masalah terjadi
Mungkin ini sulit anda lakukan jika anda seorang yang tempramental atau cepat marah. Ketika anda meluapkan emosi anda ketika menghadapi sebuah masalah, ini malah membuat anda tak boleh berpikir tenang. Bahkan, teman anda sendiri tak mau membantu masalah anda kerana sifat emosional anda tersebut.
Jangan Tergesa-gesa menghadapi suatu permasalahan
Seseorang yang sedang menghadapi sebuah masalah biasanya akan bertindak tergesa-gesa. Hal ini sangat tidak digalakkan, kerana perbuatan yang tergesa-gesa biasanya tanpa menggunakan pemikiran yang matang dan malah akan membuat masalah baru muncul.
Berpikir Positif dalam situasi masalah
Ketika anda berpikir positif anda dapat dengan mudah menerima sebuah masalah sebagai cobaan atau salah cara agar anda lebih dewasa. Dengan berpikir positif juga dapat membuat anda berpikir solutif untuk mencari solusi.
Berpikir Kreatif menghadapi masalah
Putarlah otak anda sebaik mungkin denga mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Keluarkan idea-idea yang selama ini ada dikepala anda yang mungkin dapat membantu keluar dari masalah tersebut. Untuk lebih mudah berpikir kreatif anda harus lebih banyak mencari informasi, lalu olah informasi tersebut sebagai cara keluar dari masalah anda.
Diskusikan masalah yang dihadapi
Jika anda sudah tidak dapat menghadapi dan mengatasi masalah anda, yang harus anda lakukan selanjutnya adalah berdiskusi atau berbagi cerita tentang masalah anda. Pilih orang yang menurut anda dapat mengerti permasalah dan dapat memberikan solusi. Jikapun masalah anda terlalu pribadi, anda dapat mendiskusikannya di dunia maya seperti di forum-forum, milis, maupun chatting.
Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Jika anda selama ini kurang dekat dengan Tuhan, cubalah untuk mendekatkan diri anda dengan diri-Nya. Yang paling penting adalah jangan hanya mendekatkan diri anda dengan Tuhan ketika sedang tertimpa masalah, tapi cubalah untuk setiap saat. Hal ini juga dapat membantu berpikir tenang dan berpikir positif setiap anda ditimpa masalah.
Jangan Putus Asa menghadapi masalah
Inilah yang paling penting dari semua point penting diatas. Jika anda mudah putus asa, yakinlah masalah anda tak akan pernah terselesaikan bahkan menjadi semakin rumit. Ingatlah sebuah peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”. Tekankan dalam hati anda bahawa jika anda dapat merawat masalah ini maka anda akan mendapatkan kebahagian melebihi kesedihan masalah anda tersebut.
Apa-apa pun yang paling penting adalah bagaimana kita sabar mengadapi masalah hidup yang tengah terjadi. Kerana menurut pengalaman Kesabaran akan cubaan adalah sangat penting didalam setiap tantangan dan cubaan.
byeee

Tuesday, 16 July 2013

Masih Belum Terlambat

Assalammualaikum

Belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan. Baru hari ini ade kesempatan untuk update blog biasa lately ni iioollss bz sikit. Ha macam mana puasa korang tahun ni, semua ok? harap-harap ok2 belaka. Aku macam biasa la seperti tahun-tahun lepas biasa-biasa sahaja dan ok2 belaka.. =) 

Tahun ni agak berbeza bagi keluarga aku sebab ketiadaan ayah disamping kami.. Tapi kami redha pemergiaan ayah aku.. Dulu-dulu selalu lepas balik kerja mesti singgah kedai mamak maulana dekat dengan area rumah beli roti canai 2 keping untuk ayah.. Sebab ayah memang tak makan makanan lain walaupun emak yang masak.. Jadinya  tiap-tiap hari ok beli roti canai tu. Tapi sekarang bila ayah dah tiada abes kerja terus balik rumah.. Semoga arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang beriman.. Amin

pejam celik dah hari ke 8 kita semua berpuasa.. Sekejap je kan. Mesti ramai dah sibuk-sibuk buat kuih raya dan  beli kelengkapan untuk raya ke sudah beli awal-awal lagi biasa la xnak beli bulan puasa.. Kalau beli pada bulan puasa bukannya boleh minum atau makan jadi beli awal-awal kan.. Macam aku tak pergi pun shopping beli je kat orang yang mejual kat office.. Kakak ipar aku pun ade jual jugak xperlu susah-susah nak pergi.. setakat ni aku da ade 2 pasang.. hehehehe.. 

Ha cakap pasal bulan puasa mesti semua bercerita pasal bazar dan makanan.. Memang tak boleh dipisahkan dengan dua tu.. Siap post gambar makanan lagi tau.. macam aku xde la gambar sebab memang aku tak rajin nak snap gambar makanan.. sampai masa nak berbuka terus makan.. hehe.. 

ok la aku pun da tak larat nak taip-taip lagi ni nanti kita cita next entry.. kata akhir dari aku selamat berpuasa dan perbanyakkan amal ibadah di bulan puasa... byeeee 

  

Tuesday, 18 June 2013

Sambut Birthday Emak


Assalammualaikum

Sebenar birthday emak da lepas lama tapi aku tak kira nak jugak cite. kiteorang buat biasa-biasa je.. lagipun tak semua yang ada kat rumah masa itu jadi mana yang ada je.. biar simple tapi sangat bermakna buat kami adik beradik yang ada masa itu.. 03-06-2013 genap umur emak kesayangan kami 55 tahun.. walaupun da cecah 55 tapi sentiasa nampak muda ok. 

emak kesayangan kami adik beradik. 

masa ni aku tak sempat nak amek gambar muka emak  depan-depan.. gambar ini aku dapat dari kakak aku..agak kabur sikit jadi la kan dari tak ada. Ha muda kan emak aku.. kek itu aku la yang pergi beli lepas balik kerja.. nak bagi surprise tapi tak menjadi.. hehehe..

Ada beberapa lagi gambar, sekejap lagi aku bagi tunjuk yer.. 

kek strawbery

lepas balik kerja terus pergi beli kek. dekat je kedai tu so tak jadi masalah nak beli lepas balik keje kann.. sampai- sampai banyak sangat pilihan  sampai tak tahu nak pilih mana. semua sedap-sedap tau.. last sekali kek strawbery yang menjadi pilihan aku..  ~Happy birthday Emak 55 03-06-13~
ini je la yang ada masa sambut besday emak.

Abang aku yang amek gambar ni.. nasib la dia ada boleh tolong amek gambar kami.. yang tudung biru kakngah dengan anak-anaknya aqil dan hazim. tudung hitam tu titin masih dalam berpantang lagi pasti tak mahu lepas kan peluang.. pantang bukan jadi penghalang.. cewahh.. hehehe belakang adik bawah aku ana.. itu je la yang ada.. walaupun tak semua yang ada tapi tetap meriah.. sempoii..
kiteorang sambut besday emak malam lepas isyak.. tak ada apa-apa persiapan pun.. nama pun biasa-biasa je kan so ni la hasil semuanya.. yang penting kami nak emak gembira, sihat sentiasa di samping kami semua.
we love you mum :)







Monday, 17 June 2013

Blog da cantik.. motif sangat

Assalamualaikum

Hai selamat pagi semua.. Hari ni tak nak cite panjang.. aku nak kongsikan gambar opismate aku yg bnyk tolong menyiap dan mencantikkan blog aku.. hehehe.. nah amek ni

betul-betul beri tumpuan penuh nak menyiapkan blog aku.. mekasih wawa..comel.. hehe
ha ni lagi... excited tau dia tolong aku..
Sebenar ade gambar kami berdua cari punya cari xjumpa.. ni yang jumpa..jadi la kan..

Meh nak kenal kan da sebab da letak gmbar tu kan.. yang baju oren tu da semesti la aku..  sebelah aku tu  la wawa yg bertungkuslumus buat blog aku.. hehe sebelah lagi tu rosya dlu opismate aku jugak sekarang tak dah sbb dia dpt keje lain.. sebelah kanan sekali tu yg ayu-ayu tu syira..
tu la serba sedikit permulaan blog baru aku ni...yeker baru, xde la baru mana pun.. 
ok la sampai sini je.. 
 byeee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...