INSTAGRAM

Thursday, 22 August 2013

15 Syawal

Assalammualaikum

Da 15 syawal baru ade kesempatan nak update entry ku ini.. masih kesempatan lagi kan nak ucap selamat hari raya .. Raya kan sebulan tak gitu.. hehehe.. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Mohon maaf jika ada salah dan silap ye.. Aku bagi gambar raya tahun ni untuk korang tengok.. :)

ni je yang ada masa raya tahun ni



masa ni kami beraya rumah kakak arwah ayah aku.. 

warna iioolllss tahun ni.

tetap sama :)

Itu saja la gambar yang aku ada tuk muatkan disini.. tahun ni famili aku tak kemana-mana pun..duduk kat rumah atuk nenek.. sedih kannn.. Menunggu tetamu datang je.. tapi yang best raya kali ni semua adik beradik aku ada di kampung..Tu yg buat meriah... hehe.. ok la sampi sini je ye.. nanti kite cite lagi.. 
daaaa...

Wednesday, 17 July 2013

Bagaimana Mengatasi masalah Dengan cara Tepat?

 Assalammualikum

Menghadapi Masalah Hidup bukan hal biasa jika berbicara tentang masalah dan cubaan dalam menjalani kehidupan didunia ini. Ada kalanya Tuhan mengizinkan kita mengalami ujian, dengan waktu dan  tempat yang tanpa kita ketahui. Oleh sebab itu kita jangan sampai dipatahkan oleh sebesar apapun masalah dan cubaan yang menimpa kehidupan ini.


Masalah Merupakan hal yang paling tidak diharapkan hadir dalam kehidupan setiap kita, bahkan masalah boleh datang dengan sendirinya tanpa harus dicari dan diundang kedatangannya. Dan itulah keunikan dari masalah yang boleh  datang dengan sendirinya atau harus dicari terlebih dahulu.

jika saat ini anda sedang menghadapi masalah. ketahuilah  cara berikut :

Jangan Panik ketika mengadapi masalah
“Don’t be panic”, mungkin anda sering mendengar kata-kata tersebut ketika anda sedang tertimpa masalah. Yupz, memang benar. Jangan pernah panik ketika anda sedang tertimpa sebuah masalah yang malah membuat anda tidak bisa berpikir jernih tapi bersikaplah tenang dan pikirkan positif untuk masalah anda tersebut.
Jangan Emosional Saat Masalah terjadi
Mungkin ini sulit anda lakukan jika anda seorang yang tempramental atau cepat marah. Ketika anda meluapkan emosi anda ketika menghadapi sebuah masalah, ini malah membuat anda tak boleh berpikir tenang. Bahkan, teman anda sendiri tak mau membantu masalah anda kerana sifat emosional anda tersebut.
Jangan Tergesa-gesa menghadapi suatu permasalahan
Seseorang yang sedang menghadapi sebuah masalah biasanya akan bertindak tergesa-gesa. Hal ini sangat tidak digalakkan, kerana perbuatan yang tergesa-gesa biasanya tanpa menggunakan pemikiran yang matang dan malah akan membuat masalah baru muncul.
Berpikir Positif dalam situasi masalah
Ketika anda berpikir positif anda dapat dengan mudah menerima sebuah masalah sebagai cobaan atau salah cara agar anda lebih dewasa. Dengan berpikir positif juga dapat membuat anda berpikir solutif untuk mencari solusi.
Berpikir Kreatif menghadapi masalah
Putarlah otak anda sebaik mungkin denga mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Keluarkan idea-idea yang selama ini ada dikepala anda yang mungkin dapat membantu keluar dari masalah tersebut. Untuk lebih mudah berpikir kreatif anda harus lebih banyak mencari informasi, lalu olah informasi tersebut sebagai cara keluar dari masalah anda.
Diskusikan masalah yang dihadapi
Jika anda sudah tidak dapat menghadapi dan mengatasi masalah anda, yang harus anda lakukan selanjutnya adalah berdiskusi atau berbagi cerita tentang masalah anda. Pilih orang yang menurut anda dapat mengerti permasalah dan dapat memberikan solusi. Jikapun masalah anda terlalu pribadi, anda dapat mendiskusikannya di dunia maya seperti di forum-forum, milis, maupun chatting.
Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Jika anda selama ini kurang dekat dengan Tuhan, cubalah untuk mendekatkan diri anda dengan diri-Nya. Yang paling penting adalah jangan hanya mendekatkan diri anda dengan Tuhan ketika sedang tertimpa masalah, tapi cubalah untuk setiap saat. Hal ini juga dapat membantu berpikir tenang dan berpikir positif setiap anda ditimpa masalah.
Jangan Putus Asa menghadapi masalah
Inilah yang paling penting dari semua point penting diatas. Jika anda mudah putus asa, yakinlah masalah anda tak akan pernah terselesaikan bahkan menjadi semakin rumit. Ingatlah sebuah peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”. Tekankan dalam hati anda bahawa jika anda dapat merawat masalah ini maka anda akan mendapatkan kebahagian melebihi kesedihan masalah anda tersebut.
Apa-apa pun yang paling penting adalah bagaimana kita sabar mengadapi masalah hidup yang tengah terjadi. Kerana menurut pengalaman Kesabaran akan cubaan adalah sangat penting didalam setiap tantangan dan cubaan.
byeee

Tuesday, 16 July 2013

Masih Belum Terlambat

Assalammualaikum

Belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan. Baru hari ini ade kesempatan untuk update blog biasa lately ni iioollss bz sikit. Ha macam mana puasa korang tahun ni, semua ok? harap-harap ok2 belaka. Aku macam biasa la seperti tahun-tahun lepas biasa-biasa sahaja dan ok2 belaka.. =) 

Tahun ni agak berbeza bagi keluarga aku sebab ketiadaan ayah disamping kami.. Tapi kami redha pemergiaan ayah aku.. Dulu-dulu selalu lepas balik kerja mesti singgah kedai mamak maulana dekat dengan area rumah beli roti canai 2 keping untuk ayah.. Sebab ayah memang tak makan makanan lain walaupun emak yang masak.. Jadinya  tiap-tiap hari ok beli roti canai tu. Tapi sekarang bila ayah dah tiada abes kerja terus balik rumah.. Semoga arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang beriman.. Amin

pejam celik dah hari ke 8 kita semua berpuasa.. Sekejap je kan. Mesti ramai dah sibuk-sibuk buat kuih raya dan  beli kelengkapan untuk raya ke sudah beli awal-awal lagi biasa la xnak beli bulan puasa.. Kalau beli pada bulan puasa bukannya boleh minum atau makan jadi beli awal-awal kan.. Macam aku tak pergi pun shopping beli je kat orang yang mejual kat office.. Kakak ipar aku pun ade jual jugak xperlu susah-susah nak pergi.. setakat ni aku da ade 2 pasang.. hehehehe.. 

Ha cakap pasal bulan puasa mesti semua bercerita pasal bazar dan makanan.. Memang tak boleh dipisahkan dengan dua tu.. Siap post gambar makanan lagi tau.. macam aku xde la gambar sebab memang aku tak rajin nak snap gambar makanan.. sampai masa nak berbuka terus makan.. hehe.. 

ok la aku pun da tak larat nak taip-taip lagi ni nanti kita cita next entry.. kata akhir dari aku selamat berpuasa dan perbanyakkan amal ibadah di bulan puasa... byeeee 

  

Tuesday, 18 June 2013

Sambut Birthday Emak


Assalammualaikum

Sebenar birthday emak da lepas lama tapi aku tak kira nak jugak cite. kiteorang buat biasa-biasa je.. lagipun tak semua yang ada kat rumah masa itu jadi mana yang ada je.. biar simple tapi sangat bermakna buat kami adik beradik yang ada masa itu.. 03-06-2013 genap umur emak kesayangan kami 55 tahun.. walaupun da cecah 55 tapi sentiasa nampak muda ok. 

emak kesayangan kami adik beradik. 

masa ni aku tak sempat nak amek gambar muka emak  depan-depan.. gambar ini aku dapat dari kakak aku..agak kabur sikit jadi la kan dari tak ada. Ha muda kan emak aku.. kek itu aku la yang pergi beli lepas balik kerja.. nak bagi surprise tapi tak menjadi.. hehehe..

Ada beberapa lagi gambar, sekejap lagi aku bagi tunjuk yer.. 

kek strawbery

lepas balik kerja terus pergi beli kek. dekat je kedai tu so tak jadi masalah nak beli lepas balik keje kann.. sampai- sampai banyak sangat pilihan  sampai tak tahu nak pilih mana. semua sedap-sedap tau.. last sekali kek strawbery yang menjadi pilihan aku..  ~Happy birthday Emak 55 03-06-13~
ini je la yang ada masa sambut besday emak.

Abang aku yang amek gambar ni.. nasib la dia ada boleh tolong amek gambar kami.. yang tudung biru kakngah dengan anak-anaknya aqil dan hazim. tudung hitam tu titin masih dalam berpantang lagi pasti tak mahu lepas kan peluang.. pantang bukan jadi penghalang.. cewahh.. hehehe belakang adik bawah aku ana.. itu je la yang ada.. walaupun tak semua yang ada tapi tetap meriah.. sempoii..
kiteorang sambut besday emak malam lepas isyak.. tak ada apa-apa persiapan pun.. nama pun biasa-biasa je kan so ni la hasil semuanya.. yang penting kami nak emak gembira, sihat sentiasa di samping kami semua.
we love you mum :)







Monday, 17 June 2013

Blog da cantik.. motif sangat

Assalamualaikum

Hai selamat pagi semua.. Hari ni tak nak cite panjang.. aku nak kongsikan gambar opismate aku yg bnyk tolong menyiap dan mencantikkan blog aku.. hehehe.. nah amek ni

betul-betul beri tumpuan penuh nak menyiapkan blog aku.. mekasih wawa..comel.. hehe
ha ni lagi... excited tau dia tolong aku..
Sebenar ade gambar kami berdua cari punya cari xjumpa.. ni yang jumpa..jadi la kan..

Meh nak kenal kan da sebab da letak gmbar tu kan.. yang baju oren tu da semesti la aku..  sebelah aku tu  la wawa yg bertungkuslumus buat blog aku.. hehe sebelah lagi tu rosya dlu opismate aku jugak sekarang tak dah sbb dia dpt keje lain.. sebelah kanan sekali tu yg ayu-ayu tu syira..
tu la serba sedikit permulaan blog baru aku ni...yeker baru, xde la baru mana pun.. 
ok la sampai sini je.. 
 byeee :)

Wednesday, 27 February 2013

BISMILLAHIRAMANIRAHIM

Assalamulaikum

Ape eh nak tulis kat entry ni.. Entry pertama aku kat blog yg baru aku nak hiasi..
mcm biasa la budak baru nak belajar.. banyak aku xtahu pasal blog ini.. mcm mana nak edit mcm mana nak masuk kan itu nak buat itu ini. tp semua tu boleh belajar.. aku tanye la kawan-kawan opis aku yang rajin giler berblog.. hehe.. tapi setakat basic aku tau la..lebih-lebih memang xla kan.... saje la nak panjang kan cerita kat entry aku ni.. aku ada cerita nak dikongsikan pertama kali aku mengenali blog. aku ni buta it sikit tau pun dari-kawan-kawan je..heee  ada la dak opis aku ni rajin sangat update blog, mula-mula tu jadi tertanya-tanya jugak ape la yg dia taip-taip tu last rasa xpuas hati (xpuas hati kann.) hee aku pun tanya la member opis aku ni ape la yg dia buat kan tu.. rupanya update blog..ha dari situ la aku tau ape itu blog.. boleh aku kata kan mcm diari la..ntah agaknya la kot. menarik tertarik aku pun suruh la dia ajar mcm mana nak buat blog..jadi adanya blog aku datangnya dari dia..hehehe.. tp mana yang aku xtahu banyak aku tanye dia.. tu la cerita aku serba sedikit tentang blog. kang makin panjang makin merapu pulak aku kan..sampai sini je la yer.. 

dadidu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...