INSTAGRAM

Wednesday, 13 April 2016

SPICY KOREAN NOODLE CHALLENGE

ASSALAMUALAKUM

HAI..

Semakin hari semakin rajin pulak aku update blog kan.. mana taknya sekian lama aku tinggal kan blog ni dan biarkan berusang,jadi aku cuba la hiasinya dengan cerita, coretan dan bebelan aku kat dalam ni. Biar semangat aku dan pembaca untuk membacanya. Eh ada ke yang baca blog kau ni faezah! hahah.. tak kesah la ada ke tak ada ke asalkan aku isikan masa lapang aku disini.. Ini kalau bos aku tau kerja aku update blog mahu taknya aku kena marah kan.. heheh.. ala bos saya bukak pun bila tak ada job. tak lama amek masa pun, boleh ye boss.. mampu kau cakap macam tu dengan bos.. hahaha.. panjang pulak mukadimahnya ni. hehe..

Hari ni nak cerita pasal yang viral kat media sosial tu. Spicy korean noodle challenge. Kat fb ade, ig, youtube semua la ade. google je keluar la. Macam-macam rupa ada yang kelakor serius sampai keluar air mata pun ada menghayati sungguh sambil menahan pedas ya amat.. Nak jadi kan cerita bila dah jadi viral tu aku pun macam teringin je nk rasa yeke pedas yeke xsedap yeke boleh keluar air mata.Dengan semangatnya semalam adik ajak pergi gateway bangi pergi la beli sekali. Tapi beli yang cup kecik je takut tak sedap ke ape kan sebab nak cuba dan rasa je.Harga pun boleh tahan jugak la.. mahai 1 cup kecik tu. Itu pun ha share duit dengan adik sebab nak challenge berdua.. hahahah.. Bila da beli da cuba sedap la jugak cuma memang pedas sesangat la kan.. Ha korang tengok je la gambar-gambar dan video tu tauuuu...

Makesure ada logo halal. Kalau tak ada jangan nak memandai beli pulak.. 
ni la cup tu rm6 hengget harganya..

jangan lupa rendam meggi tu dulu dengan air panas pastu toskan dan letak dalam mangkuk pun boleh jugak. 

akan jadi seperti ini.. jeng jeng jeng... tengok rupa yang merah tu pun dah tau kan.
 
 Ini video yang aku amek..Sila la tengok ye.. heheh.. 

ok la.. jumpa lagi.. xoxo

byeeeee...

BERNIAGA

ASSALAMUALAIKUM

HAI

STRAWBERRY COKLAT TART
Ade sesiapa yang berminat nak mencuba atau merasa kesedapan coklat tart tu boleh terus pm or dm kat no yang tertera ini 016-2398223. 
Masih open order. Sekali cuba pasti akan order lagi. tak tipu dan tak akan menyesal punya.

Instagram strawberry coklat tart.
Boleh follow ig ni. SUPERBCHOCTART.
 
AISKRIM MALAYSIA
Ade lima perisa kat sini. 
  • MILO
  • BANDUNG
  • TEH LEMON
  • TEH STRAWBERRY
 Hanya 0.30sen sahaja. boleh pm or dm terus. 

Mesti dan pasti kena beli.. hehe. nak suruh cust beli tapi paksa pulak kan. hehe. memang tak rugi beli. jamin kesedapannya. 

KUIH KASWI

 KUIH KASWI
Ade sesiapa yang inginkan kuih tradisional boleh terus order dekat no ni.
017-3376382/017-3378149
dijamin sedap! order jangan tak order tau.. 
GELANG TANGAN DAN PIN TUDUNG HAND MADE

 GELANG IKAT NAMA HAND MADE
 
TASBIH HAND MADE

AKSESORI WANITA HAND MADE
 
Kepada kakak adik makcik yang mahu cantik di hari raya nanti sangat dialu-alukan order. abang-abang yang nak tengok girlpren ke mak ke cantik dimata anda semua boleh beli kan ye.. boleh terus pm or dm ke no ni
017-6140442

Last nak bagi tahu jangan lupa untuk order ye semua.. ingat tu jangan lupa! 
marah pulak kan. hehehe. gurau je. 

ok jumpa lagi.. xoxo
byeee....


Tuesday, 5 April 2016

MAKAN-MAKAN DI TERATAK BANGI

Asalamualaikum

Meh nak cerita pasal malam sabtu lepas. Event ni da lama adik aku planing nak buat makan-makan. Mungkin memandangkan kewangan dia dah stabil jadi dia nak la belanja semua mak n adik beradik dia dan juga mengeratkan lagi silaturahim diantara kami adik beradik. ye la memasing duduk jauh dengan adanya makan-makan atau kenduri je dapat berkumpul semua. Itu pun malam tu ada yang tak dapat datang atas urusan tertentu. tak apa semua paham kan. meh aku nak kongsikan beberapa gambar malam tu. enjoy!

Aku & anak buah amni,diena & yaya

cik is amni yaya umar

 Kek Birthday abang aqil, Adik Ajim & mediena.

Anak-anak buah. semuanya ada 11 tapi ada yang tak ada dalam tu. memang susah nak bergambar kumpul semuanya. 

Ni video yang aku amek waktu nyani lagu birthday. kakngah paling semangat dan selalunya memang dia yg peneraju untuk nyanyi lagu birthday. hehehe

Ni dah setel nyanyi ape lagi potong kek la kan.. yeahh potong!! 
 
 Aku dan emak. iloveumom!

Antara menu pada malam tu.nyumss

Anak buah paling bongsu. Nur Amni Farzanah.

 Tu je la sebahagian gambar yang aku dapat kongsikan.tak ada apa yang dapat membahagiankan diri kita selain dari keluarga kita sendiri. susah senang sakit kita hanya keluarga la yang banyak membantu.mereka la kawan mereka jugak adik beradik kita. sakit kita sakit jugak la mereka. 
Air yang dicincang tak akan putus. itu la adik beradik. sayang semuanya!!

ok la jumpa next entry.. xoxo
bye..


Monday, 21 March 2016

Bila Kita tak suka!

ASSALAMUALAIKUM

HAI...

Baru aku rasa perasaan tak sukanya bila ade yang suka meminta-minta ni. Diorang ni xpernah fikir ke kita ni ada duit ke tak ada duit ke makan ke tak kan.yang dorang tau da berkerja mesti la ada duit.huhu sedihhhh... Dulu aku pun suka juga mintak kat kakak-kakak aku. Macam contoh mintak tolong belikan makanan la belikan tudung la macam-macam la. Tapi aku tau kakak aku ade duit. tapi bila sekali mintak tak bagi tak ada la aku nak mintak lagi. Tapi aku tak pernah fikir pun kan kakak aku tu ade duit ke tak yang aku tau mintak dan ada je. ish tak baik tau aku ni. Aku rasa sejak mak aku dah tak duduk kat rumah bangi dan aku pun ntah la nak kata ok ke tak ngan kakak aku,pangai aku mcm da lain tau. eh yeke?aku pulak yang boleh tau sendiri kan. tapi yela kita boleh tau perubahan pada diri kita. Sebab atas diri kita la ke arah haluan mana yang kita nak pergi. Jadi kat situ aku rasa aku ni mungkin da tak macam dulu. Bukan yang suka nak mintak-mintak tanpa bayar, bukan suka nak marah-marah,tengking or apa sahaja berkaitan dengan negatif la. ke mungkin sebab umur kita ni yang da makin meningkat tapi muka maintain muda ok.hehe. menyebabkan perubahan negatif tu nak kearah yang positif. Sekarang aku da tak banyak cakap, redha,pasrah,sabar,terima sahaja apa yang berlaku didepan aku. Mungkin juga aku ni bukan jenis yang suka bersuara,tak pandai berbetah,tak pandai nak kata tidak,tak pandai nak ckp ya jika perkara tu betul dan aku ni seorang yang pendiam dan tak banyak cakap.pendam sendiri dan sakit hati sendiri.. huhu. tak apa rezeki itu sentiasa ada.. perlu ikhlas kan diri ni je.

jumpa lagi entry yang akan datang..xoxo

byeee....

Thursday, 17 March 2016

Syurga ku

ASSALAMUALAIKUM

HAI....

Tahun lepas bila adik beradik mak kira pakcik makcik aku mintak mak duduk kampung bersama atuk dan nenek pada masa yang sama boleh jaga atuk dan nenek kami anak-anak berfikir panjang jugak la kan sebabnya masa tu diorang nak mak duduk sana secepat yang mungkin.Tapi mak kata tak boleh adik aku yang bongsu masih sekolah tingkatan lima nak spm lagi, Jadi bila kami semua dah sepakat mak duduk kampung awal januari 2016. Ok lah masa tu pun adik pun dah abes spm.

Bila sampai masanya mak patut duduk kampung rasa sedih sangat satu sebab aku tak dapat hantar mak, masa tu kerja, keduanya 25 tahun xpernah berjauhan pun dengan mak memang terasa abes lah kan. hari pertama mak dah tiada kat rumah terasa sunyi sangat pagi-pagi sebelum aku nak pergi kerja. Sebelum ni riuh sikit pagi-pagi dengan tv nya sekarang mana ade dah. Tapi lama kelamaan aku n yg duduk sama-sama kat rumah tu pun ok je kena terima la yang mak ad dekat kampung bersama mak dan ayahnya, atuk nenek aku la.

Orang kata itu lah pengorbanan mak untuk nenek dan atuk dan pengorbanan kami sebagai anak untuk mak. Atuk nenek pun dah tua mungkin ini lah masanya mak nak jaga atuk dan nenek selagi masih ada kan lagi pulak sekarang ini atuk nenek selalu jugak sakit-sakit jadi bila mak ada kat sana boleh tengok-tengok kan walaupun ada pakcik-pakcik aku ada sekali cuma tak duduk serumah.

Semenjak mak kat sana hampir 3 bulan paling akhir jumpa mak ujung bulan 2 tak silap aku lah kat rumah bangi masa itu mak mertua abg meninggal jadi mak balik tuk ziarah. Sampai sekarang tak jumpa lagi. Aku nak balik kampung tapi takda cuti kat sini sabtu pun kerja macam mana nak balik. Siapa kata tak rindu ya Allah rindu sangat kat mak. kadang tu nak cal tapi tak tahu nak cakap ape jadi tahu mak sihat ke tidak melalui whatsapp group family yang ada sekarang je. 

Susah ke kita sebagai anak nak ucap terima kasih dah jaga bagi makan minum atau mintak maaf atas kesalahan kita itu kan mak kandung kita. kenapa orang lain boleh je tapi mak sendiri susah. Aku salah sorangnya.huhu. Mak kita rindu sangat kat mak nanti kita amek cuti akan balik kampung ziarah mak atuk dan nenek. Kita nak ucap terima kasih kat mak sebab jaga kita dengan baik dari mak tahu kita ada dalam perut mak lagi sampai lah umur kita 25 tahun mak ada kat rumah mak yang sekarang titin farid kita dan adik-adik duduk. Kita nak mintak maaf jika kita ade mengguris hati mak.harap mak dapat maafkan kita.last but not least aku nak bagi tunjuk gambar mak yang kami semua sayang. I love and miss u so much mom.

aku dan emak
 gambar ni masa aqiqah anak abang kat manjung perak.
 
 
Jumpa entry yang akan datang..byeeee




Monday, 14 March 2016

LUAHAN

ASSALAMUALAIKUM

Lama rasanya tak bersua disini. jadi hari ini dengan sifat kerajinan yang ada ni kita bersua kembali. Ok la nak jadi kan cerita hari ni sedih sangat, eh sangat ke? mesti la kan. Hari ini da la motor rosak tak boleh start tak pasti kenapa tetiba je pagi ni nak pergi kerja.Aku ni bukan la seorang yg berkira atau nk berkira lagi-lagi dengan adik beradik sendiri tapi bila jadi macam ni tak ada siapa yang yang tolong,tak siapa pun yang ada,datang saat aku perlukan sekarang ni,Bila da rosak macam ini aku jugak la yang pergi baiki aku jugak lah yang kuarkan duit.Itu yang aku sedih sangat,bukan setakat sedih nak marah pun ada.Apa kan daya aku tak boleh buat pape redha je la.Tapi hati ini tiada siapa yang tahu.Itu satu hal kan.

Ini satu hal lagi.Baru-baru ini duit aku hilang mungkin orang dengar tak banyak tapi bagi aku tersangat la banyak.Ape perasaan korang duit yang korang simpan hilang gitu je.So sama la dengan aku. Kita ni penat bekerja nak simpan duit pastu senang-senang je orang tu amek duit kita. sedih tau.sedih sangat! kenapa? kenapa? kenapa? kenapa duit aku yang diamek kenapa kau orangnya.(rock sangkut) yang ni pun sama nak marah tapi tak berdaya. Redha dan sabar je la.supaya orang itu diberikan hidayah.

Aku ni rasanya da banyak berubah. Eh yeke? yela dulu kalau jadi ape yang jadi sekarang kat aku compem aku da bising-bising da marah tapi sekarang aku banyak senyap je. takde nak kata apa. berserah je. itu orang cakap kalau kita tak bersuara atau bercakap kita sendiri makan hati.pendam sendiri.itu la aku. mungkin bila umur da semakin meningkat ni aku mula nampak ape yang ada pada diri aku ni.Tapi tak elok la. aku balik yang rasa sakit hati atas perbuatan orang lain kat atas aku.

Kita tidak akan diduga diluar kemampuan diri kita sendiri.jadi sabar,redha dan kuatkan iman. 

next entry cite lagi ye.. bye....

Wednesday, 21 January 2015

lama menyepi datang kembali

Assalamualaikum...

 Sebelum tu aku nak ucapkan selamat tahun baru 2015. Semoga tahun ini membawa seribu makna dalam hidup aku dan orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku. Masih tak terlambatkann.. Pheww setahun da berlalu. Tanpa disedari masa begitu pantas bergerak. Dengan perjalan hidup ini jugak yang telah diatur  tanpa diketahui. rupanya setahun jugak tidak aku bukak blog ini. Last aku bukak update dan publish 23 ogos 2013. Sungguh lama kann..

Dulu masa kerja kat tempat lama memang menghadap blog bila tak ade kerja.. Memang komputer depan mata aku. So tak  ada hal la kan nak sehari bape kali update. Hampir setahun telah meninggalkan tempat kerja lama aku tu sampai sekarang mana ada dah aku berblog. Nak guna hp tak pandai walaupun zaman sekarang segala kemudahan yang dah diberikan di depan mata hanya menggunakan tangan dan jari pada hp kita tapi aku tetap tidak tahu jugak. Sikit-sikit boleh la lebih-lebih memang tidak la kan.. hehehe.

Rindu pada blog aku ini sampai bersawang pun ni jadi hari ini aku bersih dan hiaskan dengan permulaan cerita ini pada tahun 2015.. cewahhh.. yela kan setahun ckup lama bagi aku tau.. hari ini sebab tak banyak kerja jadi aku update seketika la dengan menggunakan komputer bos aku. huhu.. Ok la aku tak tahu nak taip apa lagi kat entry aku ni.. Ngantuk sebenarnya ni.. Cuma perasaan nak berblog datang tu yang terus bukak blog aku.. Nanti aku masuk n penuhkan entry-entry menarik kat blog aku ni tau.. ok byeeeee







 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...